Back to jobs
Kuala Lumpur, Malaysia
2026-06-24
Ana Muslim Sdn Bhd
Southeast Asia
Latihan Industri: Web Development
Role Description
**Tentang Kami:**
Ana Muslim ialah peneraju utama dalam penerbitan bahan bacaan kanak-kanak berteraskan Islam. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengembangkan platform digital Ana Muslim, kami membuka peluang latihan industri kepada pelajar yang berminat dalam bidang Web Development, khususnya dalam pembangunan dan penyelenggaraan laman web berasaskan Laravel.
Pelatih juga akan berpeluang untuk bekerjasama dengan pasukan dalaman serta pihak outsource/vendor dalam memastikan pembangunan sistem digital syarikat berjalan dengan lancar dan memenuhi keperluan operasi semasa.
**Deskripsi Jawatan:**
Sebagai pelatih industri dalam bidang Web Development, anda akan terlibat dalam kerja-kerja sokongan pembangunan, penyelenggaraan, pengujian, dan penambahbaikan laman web syarikat yang dibangunkan menggunakan Laravel.
Anda juga akan membantu dalam proses semakan fungsi, penyediaan maklum balas teknikal, dokumentasi, serta koordinasi bersama pihak outsource/vendor bagi memastikan sistem dibangunkan mengikut keperluan syarikat.
Selain itu, anda berpeluang untuk meneroka aspek lain dalam pengurusan platform digital seperti Learning Management System (LMS), game hosting, pengoptimuman laman web, dan penyelesaian masalah teknikal berkaitan sistem.
**Tanggungjawab Utama:**
* Membantu dalam pembangunan, penyelenggaraan, dan penambahbaikan laman web syarikat yang dibangunkan menggunakan **Laravel.**
* Bekerjasama dengan pihak outsource/vendor dalam proses pembangunan sistem, termasuk penyediaan keperluan, semakan fungsi, ujian, dan maklum balas teknikal.
* Membantu dalam pengurusan **front-end** dan **back-end** laman web mengikut keperluan syarikat, termasuk penyesuaian paparan, fungsi, dan modul sistem.
* Menyokong pembangunan dan penyelenggaraan platform pembelajaran syarikat, termasuk integrasi atau pengurusan sistem **LMS** yang berkaitan.
* Membantu dalam pengurusan dan konfigurasi game hosting untuk platform berkaitan.
* Melaksanakan ujian fungsi, semakan bug, dan penyelesaian masalah teknikal bagi memastikan sistem berjalan dengan baik.
* Membantu mengoptimumkan prestasi laman web termasuk SEO, page speed optimization, mobile responsiveness, dan pengalaman pengguna.
* Menyediakan dokumentasi teknikal, laporan kemajuan, dan rekod isu berkaitan pembangunan serta penyelenggaraan laman web.
**Kelayakan:**
· Sedang mengikuti pengajian dalam bidang Computer Science, Web Development, Software Engineering, Information Technology, atau bidang berkaitan.
· Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman asas dalam **Laravel** atau **PHP framework.**
· Kemahiran asas dalam HTML, CSS, JavaScript, PHP, dan MySQL adalah digalakkan.
· Pengetahuan dalam struktur MVC, database management, API integration, dan Git adalah satu kelebihan.
· Pengalaman atau pengetahuan dalam sistem LMS, SEO, UI/UX design, dan website optimization adalah satu nilai tambah.
· Pengalaman dengan game hosting, server, atau deployment adalah satu kelebihan.
· Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah teknikal, boleh bekerja secara berdikari, serta mampu bekerjasama dengan pasukan dalaman dan pihak outsource/vendor.
**Faedah:**
· Elaun latihan industri disediakan.
· Peluang untuk mendapatkan pengalaman praktikal dalam bidang Web Development dalam persekitaran syarikat sebenar.
· Pendedahan kepada pembangunan dan penyelenggaraan laman web berasaskan Laravel.
· Peluang untuk bekerjasama dengan pasukan dalaman serta pihak outsource/vendor dalam proses pembangunan sistem digital syarikat.
· Peluang untuk meneroka pelbagai aspek pengurusan platform digital, termasuk Learning Management System (LMS), game hosting, website optimization, testing, dokumentasi teknikal, dan penyelesaian masalah sistem.
Job Type: Internship
Contract length: 3 months
Pay: RM500\.00 - RM1,000\.00 per month
Benefits:
* Opportunities for promotion
Application Question(s):
* Please state your internship date (start until end)
Work Location: In person